YB Haji Zawawi, isteri dan ahli keluarganya menjemput semua warga penduduk DUn Kuala Berang datang ke rumah terbukanya pada hari pertama aidil fitri. Beliau berharap masyarakat setempat di kawasan DUN Kuala Berang tidak keberatan untuk datang bersama ahli keluarga masing-masing. Semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini. Maaf zahir dan batin.
Sukan Komuniti Parlimen
Sukan Komuniti (KSK) peringkat Parlimen Hulu Terengganu akan diadakan pada 27 Oktober ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Antara perlawanan yang akan berlangsung di situ adalah sepak takraw dan bola tampar, manakala bola jaring akan diadakan di padang astaka. Bagi perlawanan futsal pula, ia berkemungkinan besar akan dilangsungkan di gelanggang futsal baru daerah berhapiran pejabat SATU (lama). Semua peminat sukan daerah ini dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan KSK peringkat Parlimen 2007.