KUALA BERANG- BANDAR BERSEJARAH, BANDAR BAWAH TASIK, BANDAR LESTARI
Kenali DUN Kuala Berang
Kuala Berang merupakan sebuah bandar bersejarah, terkenal dengan pejuang awal kemerdekaan. Di antara mereka termasuklah Tok Gajah dan Haji Abdul Rahman Limbong yang kini bersemadi megah di Pasir Nering dan makam pahlawan Padang Kachung, Kuala Telemong.
Warga Kuala Berang terima duit raya
Sebahagian besar warga tua dan susah di kawasan DUN Kuala Berang begitu gembira apabila menerima habuan masing-masing sebanyak RM300 seorang sebagai persediaan menyambut hari raya baru-baru ini. Dengan keprihatinan YB DUN Kuala Berang, mereka berupaya mengadakan persiapan untuk menyambut lebaran dengan penuh keceriaan.
Sesak sebelum dan selepas raya
Bandar Kuala Berang bagaikan jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kenderaan kelihatan bersesak-sesak hampir 2 kilometer menjelang hari raya baru-baru ini. Malah keadaan sama berlaku lagi apabila perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti di kampung sempena aidil fitri. Tidak hairanlah bandar ini menjadi sesak memandangkan jalan ini merupakan jalan alternatif bagi kebanyakkan perantau yang mahu pulang ke utara Terengganu dan Kelantan.
"Penduduk di sesebuah kampung akan hadir memeriahkan majlis dianjurkan tanpa mengira status," ujar YB Haji Zawawi ketika mengulas sambutan rumah terbuka sempena hari raya raya yang diadakan di perkarangan kediamannya baru-baru ini.
Waterfront bakal berubah wajah
Kuala Berang Waterfront bakal menjadi destinasi pelancongan serta mercu tanda baru bagi daerah Hulu Terengganu apabila kerja-kerja peringkat fasa pertama giat dijalankan bermula seminggu lalu. Difahamkan projek fasa pertama itu melibatkan kerja penambakan benteng di Sungai Berang sepanjang kira-kira 90 meter serta penambakan pasir supaya lebih tinggi dari keadaan asal. Projek pembangunan berkenaan diselenggarakan oleh Jabatan Pembangunan Pengairan dan Saliran Hulu Terengganu. Pembinaan projek berkenaan turut melambangkan salah satu kemajuan pembangunan yang rancak dibangunkan di daerah ini khususnya di bandar Kuala Berang selaras dengan fungsinya sebagai pusat pentadbiran daerah. Malah kini di bawah era BN, pembangunan semakin rancak dijalankan untuk kemudahan rakyat.