Kata Aluan YB Haji Zawawi Ismail (ADUN Kuala Berang)
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB DUN KUALA BERANG.
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN KUALA BERANG (N23),
BANGUNAN UMNO BAHAGIAN,
JALAN BESAR, KUALA BERANG,
21700 HULU TERENGGANU. TEL : 09 - 6816889
Assalamualaikum w.b.t...
Sebagai ADUN kawasan Kuala Berang ( N23 ), saya berharap penduduk Kuala Berang akan mendapat manfaat dengan pembangunan laman web ini. Di dalam laman web ini, anda akan dapat mengetahui serba sedikit maklumat tentang diri saya dan juga Kawasan Kuala Berang. Semoga saluran seperti ini memudahkan perkongsian maklumat.
Terdapat juga maklumat tentang bagaimana anda boleh menghubungi saya jika anda menghadapi masalah atau ingin menyampaikan maklumat penting.
Sejak kemenangan Barisan Nasional pada tahun 2004 sudah banyak kita membuat perubahan samaada dalam bentuk spiritual mahupun material. Dalam jangkamasa tersebut rakyat sudah dapat menilai perkembangan dan perubahan positif yang ada di DUN Kuala Berang. Di harap perkembangan ini dapat di teruskan lagi untuk mengejar agenda yang telah di tetapkan. Ambillah iktibar dan renungkanlah dengan apa yang berlaku pada tahun 1999.
"BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT"
Sekian, Terima Kasih.
[ YB. Haji Mohd Zawawi bin Ismail, PJK. ]